β οΈ Jangan Tunggu Sampai Terlambat! Sangkarkan Kucing Anda Sekarang!
Penyakit yang tidak dirawat boleh membawa kesan serius, malah nyawa kucing anda mungkin terancam! Segera dapatkan rawatan untuk mencegah masalah lebih buruk. Rawatan awal dari Dr. Meow adalah kunci kesihatan mereka! πΎ
π Senarai Penyakit Kucing
1οΈβ£ Selesema Kucing π€§ (Feline Upper Respiratory Infection)
Tanda-tanda: Bersin, hidung & mata berair, sukar bernafas, hilang selera makan.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh menyebabkan pneumonia & dehidrasi.
Rawatan di Rumah:
- β
Gunakan humidifier atau wap air panas di bilik tertutup untuk bantu pernafasan.
- β
Lap mata & hidung dengan kain lembap suam.
- β
Beri makanan basah & air suam untuk elak dehidrasi.
- β
Jauhkan dari kucing lain untuk elak jangkitan.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
2οΈβ£ Cacingan πͺ± (Worm Infestation)
Tanda-tanda: Perut buncit, najis berdarah, muntah, bulu kusam.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh sebabkan anemia & badan jadi lemah!
Rawatan di Rumah:
- β
Bersihkan bekas najis setiap hari untuk elak penyebaran telur cacing.
- β
Cuci tangan selepas pegang kucing untuk elak jangkitan pada manusia.
- β
Beri diet berkhasiat untuk pulihkan badan kucing.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
3οΈβ£ Kurap Kucing π¦ (Ringworm / Jangkitan Kulat)
Tanda-tanda: Bulu gugur bertompok, kulit bersisik, gatal melampau.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh merebak ke seluruh badan & menjangkiti manusia!
Rawatan di Rumah:
- β
Bersihkan tempat tidur kucing setiap hari.
- β
Elakkan berkongsi berus/sikat antara kucing yang sihat & sakit.
- β
Gunakan sarung tangan semasa rawat kucing untuk elak jangkitan pada manusia.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
4οΈβ£ Gingivitis & Penyakit Gigi π¦· (Radang Gusi & Periodontal Disease)
Tanda-tanda: Nafas berbau busuk, gusi bengkak, gigi longgar.
Kesan jika tidak dirawat: Jangkitan boleh merebak ke jantung & buah pinggang!
Rawatan di Rumah:
- β
Lap gusi dengan kain lembap untuk buang plak ringan.
- β
Gunakan gel atau spray gigi untuk kurangkan bakteria.
- β
Beri makanan khas untuk kesihatan gigi.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
5οΈβ£ FLUTD π½ (Masalah Saluran Kencing - Batu Karang, Jangkitan Kencing)
Tanda-tanda: Susah kencing, kencing berdarah, menjilat alat kelamin berulang kali.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh sebabkan pundi kencing tersumbat & kematian dalam 24-48 jam!
Rawatan di Klinik:
- π¦ Pemeriksaan air kencing & X-ray.
- π Suntikan antibiotik & anti-radang.
- π Kateter urin untuk buang air kencing tersumbat.
Rawatan di Rumah:
- β
Pastikan kucing minum air banyak dengan letak lebih banyak bekas air.
- β
Beri makanan khas urinary diet (makanan wet food lebih baik).
- β
Kurangkan tekanan/stress kerana ia boleh sebabkan FLUTD bertambah teruk.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
6οΈβ£ Demam Panas π‘οΈ (Fever / Pyrexia)
Tanda-tanda: Badan panas, kurang aktif, kurang selera makan.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh merosakkan organ dalaman!
Rawatan di Klinik:
- βοΈ Suntikan penurun suhu.
- π Ubat antibiotik jika ada jangkitan.
- π¦ Cecair IV (drip) jika dehidrasi.
Rawatan di Rumah:
- β
Lap badan kucing dengan kain basah suam (jangan guna air sejuk).
- β
Pastikan kucing berehat di tempat selesa & tidak panas.
- β
Berikan makanan basah untuk bantu pulihkan tenaga.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
7οΈβ£ Jangkitan Hama Telinga π (Ear Mites / Otodectic Mange)
Tanda-tanda: Gatal melampau, telinga berkerak hitam, menggeleng kepala.
Kesan jika tidak dirawat: Boleh sebabkan pekak kekal!
Rawatan di Klinik:
- π§Ό Pembersihan telinga profesional.
- π§ Ubat titis telinga khas.
- π Suntikan atau ubat oral anti-parasit.
Rawatan di Rumah:
- β
Bersihkan telinga dengan kapas lembut (jangan guna cotton bud dalam telinga).
- β
Asingkan kucing yang dijangkiti untuk elak jangkitan kepada kucing lain.
- β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)
8οΈβ£ Feline Parvovirus π (FPV / Panleukopenia / βVirus Kucingβ)
Tanda-tanda: Muntah, cirit-birit berdarah, demam tinggi.
Kesan jika tidak dirawat: Penyakit boleh membawa maut dalam beberapa hari!
Rawatan di Klinik:
- π₯ Rawatan intensif di wad.
- π¦ Cecair IV (drip).
- π Ubat anti-muntah & anti-cirit.
Rawatan di Rumah: π« Tidak ada rawatan rumah yang berkesan! Segera bawa ke klinik! β
Mop & spray rumah untuk basmi virus & kuman dengan bancuhan 1 (klorox): 32 (air)